Cik B Beri ‘Amaran’ Pada ‘Boyfriend’ Baru DSV


BEBERAPA hari lalu, kita dikejutkan dengan pengakuan pegawai media dan pembantu peribadi DSV, Ahmad Iqbal Zulkefli bahawa dia tidak menolak jika jodohnya ditentukan bersama wanita berusia 45 tahun itu.

Pengakuan tersebut secara tidak langsung menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk anak perempuan jutawan kosmetik itu, Cik B yang dilihat agak kurang senang dengan perkara tersebut.

Susulan daripada itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin telah memuat naik satu keratan berita mengenai gosip ibunya bersama pemuda berusia 23 tahun berkenaan.

Menerusi entri dan kapsyen yang dimuat naik di laman Instagram, jelas terpancar kanak-kanak berusia 12 tahun itu dilihat tidak merestui hubungan tersebut.

“Ehemmm ehemmm….. saya takkan benarkan dia bersama mama saya sebab dia tu nak perhatian je,” tulis Cik B.

Pelbagai reaksi diterima daripada sebahagian kira-kira 135 ribu pengikut Cik B di laman sosial tersebut.

Rata-rata antara mereka, ada menyokong tindakan tersebut dan tidak kurang juga yang meminta kanak-kanak itu untuk berfikir lebih positif.

Sementara itu, Vida turut terharu dengan tindakan anak perempuannya yang dilihat mahu melindungi jutawan kosmetik itu daripada terus menjadi mangsa lelaki hidung belang.

“Cik B sebenarnya masih trauma. Dia lihat sendiri kisah perkahwinan saya tiga kali gagal depan mata. Semuanya nak duit sahaja,” katanya memetik mStar Online.

Haaa…sekiranya benar Ahmad Iqbal berhasrat untuk ‘menyunting’ Vida, nampaknya dia perlulah bersemuka dengan Cik B terlebih dahulu! 

Sumber – MYNEWSHUB