ALOR SETAR - Tindakan seorang pengguna media sosial menggunakan akaun nama Azizi Arsat di Facebook memuatkan status berbau sindiran kerana berlaku kelewatan ketika dia mendapatkan rawatan di Hospital Yan di Jerai merujuk kepada ketiadaan staf yang bertugas adalah tidak benar.
Kenyataan itu dinafikan Jabatan Kesihatan negeri hari ini yang didakwa ketiadaan kakitangan bertugas di Unit Kecemasan sehingga berlaku kelewatan rawatan kepada pesakit, awal pagi semalam adalah tidak benar.
Menurut Pengarahnya, Datuk Dr. Norhizan Ismail, pihaknya telah menjalankan siasatan setelah dakwaan itu tular di media sosial dan mendapati penggadu berkenaan menjalani saringan pada pukul 3.50 pagi dan dikategorikan sebagai kes hijau iaitu kes tidak kritikal dengan masa menunggu adalah 90 minit.
“Rawatan awal diberikan pada pukul 4.30 pagi oleh penolong pegawai perubatan dan kes dirujuk untuk rawatan lanjut. Pesakit dirawat pada pukul 5 pagi setelah pegawai perubatan selesai memberi rawatan kecemasan kepada dua kes di zon merah iaitu kes kritikal.
“Dakwaan tiada staf bertugas sehingga menimbulkan persoalan “tidoq ka” adalah tidak dan tidak wajar. Dalam keadaan terdapat kes kecemasan yang dirawat tambahan pula melibatkan dua kes pada satu masa di hospital daerah maka semua ahli pasukan bekerja bertungkus lumus untuk menyelamat nyawa ke kritikal di zon merah,” katanya yang dipetik dari Utusan Online.
Jelas beliau, perkara itu menyebabkan staf akan bertugas di ruang yang tidak dapat dilihat oleh pesakit yang menunggu di ruang menunggu bagi kes-kes hijau.
“Pihak hospital masih berusaha untuk menghubungi pengadu untuk menjelaskan keadaan sebenar. Diharap pengadu dapat menghubungi Dr. Mithali Abdullah, Pengarah Hospital Yan melalui talian 04-4655333,” ujarnya. - Kedahnews.com