ALOR SETAR - DAP mengharapkan rakyat Malaysia agar tidak menunggu terlalu lama bagi memberi mandat kepada pemimpin yang bukan berbangsa Melayu untuk menjawat jawatan Perdana Menteri di negara ini.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, meskipun tidak menjangka pemimpin bukan Melayu menjadi Perdana Menteri pada abad ini, beliau yakin ia akan berlaku pada abad berikutnya nanti.
"Saya harap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun (seperti Amerika Syarikat yang tertubuh pada 1776) sebelum orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri, tetapi saya tidak menjangka ia akan berlaku pada abad ke-21 ini.
"Sama ada (ia akan terlaksana) pada abad ke-22 atau abad ke-23 bergantung sama ada politik identiti tidak lagi menjadi unsur penting dalam landskap politik Malaysia, seperti hari ini," katanya semalam, memetik laporan sebuah portal pro-Pakatan Harapan.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah menegaskan bahawa perlembagaan di negara ini tidak pernah menghalang mana-mana pemimpin bukan Melayu atau bukan beragama Islam untuk menjawat jawatan nombor satu negara itu.
Mengulas mengenai dirinya, Kit Siang dalam kenyataan turut menyatakan bahawa beliau tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.
"Jika saya tiada cita-cita itu ketika dalam usia 20-an, 30-an dan 40-an, mengapa saya harus mula mempunyai hasrat sedemikian ketika berusia 70-an?", ujarnya.
Walau bagaimana pun, Kit Siang yang juga merupakan bapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, itu tidak mengulas mengenai peluang anaknya untuk menjawat jawatan tersebut sekiranya Pakatan Harapan menguasai Putrajaya suatu hari nanti.
Beberapa pemimpin politik sebelum ini mendakwa bahawa DAP tidak memerlukan jawatan Perdana Menteri, sebaliknya memadai untuk bertindak di sebalik tabir dengan melantik pemimpin yang boleh dijadikan "boneka" melaksanakan kemahuan mereka.
Pandangan tersebut dikatakan bagi memastikan DAP dapat mengabui sentimen masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini yang mahu Perdana Menteri dilantik dari kalangan bangsa Melayu beragama Islam. - Kedahnews.com