Dirogol Bapa Hingga Kemaluan Musnah, Budak 9 Tahun Jadi Gila


KISAH jenayah dari seberang ini pasti membawa airmata kepada insan yang benar-benar menjiwai tanggungjawab  dalam hidup berkeluarga.

Ia adalah kisah mengenai seorang manusia yang lupa peranannya sebagai bapa sebaliknya  lebih bertindak sebagai perogol ‘sepenuh masa’ ke atas anak kandungnya sendiri.

Penjenayah tersebut iaitu Mohd. M. Badrun. Sampah yang tidak sepatutnya wujud di dunia ini.

Walaupun telah diberkas oleh pihak polis kerana menjadikan anak kandungnya yang berusia sembilan tahun sebagai hamba seks hampir 12 bulan, namun kemusnahan yang dilakukan kepada jiwa dan fizikal gadis kecil itu tidak terampun.

Di usia yang mana seorang anak memerlukan kasih sayang dan belaian jujur seorang bapa, gadis itu dirogol sehingga menjadi gila dan kemaluannya hampir musnah!

Kejadian yang memilukan di Surabaya, Indonesia itu hanya berakhir apabila si ibu mangsa mendapati kemaluan anaknya itu bengkak dan mengeluarkan nanah.

Menurut portal Tribun Surabaya, kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital oleh ibunya bagi membuat pemeriksaan lanjut.

Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, mereka kemudian terus ke balai polis untuk membuat laporan.

Mangsa telah mengalami trauma yang melampau dan disahkan menghidap penyakit mental yang serius.

Kanak-kanak itu sedang berada dalam keadaan paling kritikal akibat trauma yang melampau sehinggakan dia tidak dapat bercakap dengan betul.

Komisioner Polis Surabaya, Lily Djafar melaporkan bahawa suspek telah ditahan pada bulan lalu namun tidak berasa menyesal atas perbuatan merogol anak kandungnya itu.

“Sejak tiga bulan terakhir ini, mangsa telah dirogol sebanyak 60 kali termasuk dipaksa melakukan hubungan luar tabii sehingga membuatkan kanak-kanak itu demam selama dua hari.”

Suspek mendakwa bahawa dia melakukan perbuatan terkutuk itu apabila isterinya keluar bekerja di sebuah kedai runcit.

Malah, mangsa diugut akan dipukul dan dihalau keluar dari rumah jika dia memberitahu hal terkutuk itu kepada orang lain.

Badrun bakal dikenakan hukuman di bawah akta 81 UU No.35 yang bakal dihukum penjara selama 20 tahun jika disabitkan kesalahan.

Sumber – Mynewshub.