Dua Mangsa Kayak Terbalik Ditemui Selamat


PORT DICKSON - Dua lelaki yang hilang selepas kayak dinaiki mereka terbalik di Perairan Tanjung Tuan petang semalam, selamat ditemui pagi ini.

Hew Yoong Loong, 61, dan Leow Shak Kwan, 54, diselamatkan oleh anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Lima (DM5) Kuala Linggi.


Maritim Daerah Maritim Lima (DM5) Kuala Linggi dalam kenyataannya berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan semula pada jam 7 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, operasi melibatkan pesawat Dauphin Rescue 101 dan bot Petir 91 berserta aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sumber: Sinar Harian