Dua Pemimpin Bahagian PPBM Perak Tinggalkan Parti, Letak Jawatan



IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Perak terus menerima khabar buruk apabila dua Ketua Penaja Bahagian parti itu Perak mengumumkan melepaskan jawatan dan keluar parti semalam.

Ketua Penaja Bahagian PPBM Parit, Rosli Ali mengumumkan melepaskan jawatannya serta  keluar parti manakala Ketua Penaja Bahagian Kuala Kangsar, Dul Hayati Baharom melepaskan jawatannya.

Dalam sidang akhbar itu Rosli berkata, beliau meninggalkan parti kerana PPBM Perak kehilangan punca dan arah dalam perjuangannya.

Menurutnya, ini menyebabkan ahli terumbang ambing dan terbiar.

"Tidak wujud semangat sepasukan dan kami jarang dilibatkan dalam perbincangan parti sehingga kami tidak tahu apa yang berlaku," katanya pada sidang media.

Pertengahan bulan lepas, Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman dan bekas Ketua Srikandi Anina Saaduddin menginggalkan parti itu yang lebih setahun penubuhannya.

Mereka hilang kepercayaan kepada pemimpin PPBM yang didaka mengamalkan pilihan kasih di atas perlantikan pemimmpin bawahan.-

Sumber: Utusan