Exco Pulau Pinang Dedah JAS Tidak Lulus Projek Rumah Di Kawasan Tanah Runtuh

KERAJAAN

Kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku projek perumahan mampu milik setinggi 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, tidak mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, berkata bagaimanapun mendakwa projek itu diteruskan kerana mendapat persetujuan 20 agensi yang terbabit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kon Yeow berkata, antara agensi yang memberikan persetujuan termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

"Dalam surat JAS kepada perunding, ya, JAS memang tidak menyokong projek berkenaan.

"Namun, apabila kita masuk Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada 18 Februari 2015, ada 20 agensi yang memberi ulasan lain. Malah JMG sendiri memberi kelulusan untuk projek ini," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini,semalam.

Yang turut hadir, Datuk Bandar MBPP, Datuk Maimunah Mohd Sharif.

Dalam tragedi runtuhan tanah di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Sabtu lalu, 11 pekerja binaan disahkan maut, termasuk seorang mangsa rakyat tempatan.

JAS dalam kenyataannya semalam memaklumkan, pihaknya menolak permohonan kelulusan projek itu pada 23 Januari lalu berikutan lokasi pembangunan terletak kurang 500 meter dari tapak kuari.

DAP Pulau Pinang mengaku projek perumahan mampu milik setinggi 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, tidak mendapat sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, berkata bagaimanapun mendakwa projek itu diteruskan kerana mendapat persetujuan 20 agensi yang terbabit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Kon Yeow berkata, antara agensi yang memberikan persetujuan termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

"Dalam surat JAS kepada perunding, ya, JAS memang tidak menyokong projek berkenaan.
"Namun, apabila kita masuk Mesyuarat Jawatankuasa OSC pada 18 Februari 2015, ada 20 agensi yang memberi ulasan lain. Malah JMG sendiri memberi kelulusan untuk projek ini," katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini,semalam

Sumber : BH