FIC Tampil Perjelas Kekeliruan Berbangkit Dari Dakwaan Rafizi


ALOR SETAR - Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) hari ini segera tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang disifatkan telah mengelirukan ramai pihak di negara ini.

Wakil Bahagian Komunikasi Korporat FIC, Fathi Ahmad Shah dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa dua buah syarikat, FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL) adalah milik penuh FIC.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa pemilikan itu juga merangkumi pegangan hartanah yang merujuk kepada pemilikan The Park City Grand Plaza Kensington, Felda House dan Grand Felda House.

"FIC sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat pada 22 Oktober 2017 bahawa dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI); iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL) adalah merupakan hak milik FIC termasuklah hartanah yang dimaksudkan iaitu The Park City Grand Plaza Kensington, Felda House dan Grand Felda House," tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Selain itu Fathi turut mengesahkan bahawa tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan pada 13 Oktober lalu.

"FIC mengesahkan bahawa tiada syarikat yang ditubuhkan pada 13 Oktober 2017.

"Sebaliknya, ianya merupakan salinan sijil saham syarikat FLH yang telah diakui benar oleh peguam pada 17 Oktober 2017 dan salinan sijil saham FGL yang telah diakui benar oleh peguam pada 13 Oktober 2017.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh FIC mengenai dakwaan Rafizi: - Kedahnews.com

KENYATAAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA
24 Oktober 2017

Merujuk kepada dakwaan yang dibuat oleh Y.B Rafizi di sidang medianya yang diadakan pada 23 Oktober 2017, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) ingin menyatakan bahawa:

1. FIC sekali lagi menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat pada 22 Oktober 2017 bahawa dua buah syarikat di British Virgin Islands (BVI); iaitu FIC London Hotel (Private) Limited (FLH) dan FIC Global Limited (FGL) adalah merupakan hak milik FIC termasuklah hartanah yang dimaksudkan iaitu The Park City Grand Plaza Kensington, Felda House dan Grand Felda House.

2. FIC mengesahkan bahawa tiada syarikat yang ditubuhkan pada 13 Oktober 2017. Sebaliknya, ianya merupakan salinan sijil saham syarikat FLH yang telah diakui benar oleh peguam pada 17 Oktober 2017 dan salinan sijil saham FGL yang telah diakui benar oleh peguam pada 13 Oktober 2017.


3. FIC telah melantik konsultan percukaian untuk member khidmat nasihat berkenaan struktur pelaburan di United Kingdom pada tahun 2014.

Kami berharap kenyataan di atas dapat menjelaskan sebarang kekeliruan yang dibangkitkan.

Dikeluarkanoleh:
Fathi Ahmad Shah
Bahagian Komunikasi Korporat (FIC)