Gaji Mingguan Pemain EPL Lebih Tinggi Daripada Gaji 20 Tahun Pekerja Stadium


KELAB-KELAB Liga Perdana Inggeris kini membayar pemain masing-masing dengan gaji yang tinggi, malah pendapatan mingguan mereka jauh lebih tinggi daripada pendapatan para pekerja stadium untuk tempoh 20 tahun, lapor portal berita Mirror UK.

Kesemua 20 kelab dalam senarai teratas di England secara keseluruhan membawa pulangan sejumlah 3.6 bilion pound (RM20.05 bilion) pada musim lalu. 

Kumpulan protes Citizens UK memberi contoh 'ketidaksamaan yang mengejutkan' dengan menyentuh soal pendapatan yang diperoleh penyerang MANCHESTER UNITED, Paul Pogba menjana £290,000 (RM1,615,282) seminggu.

Ia kemudian dibandingkan dengan kakitangan dapur di stadium Old Trafford yang hanya mendapat £7.05 (39.27) sejam yang merupakan gaji minimum untuk pekerja berumur 21 hingga 24 tahun.

Citizens UK berharap supaya Kelab Liga Perdana dapat membayar gaji 'sebenar' iaitu £8.45 (RM47.07) sejam atau £9.75 (RM54.31) di London.

Hanya kelab CHELSEA dan Everton mendapat akredatasi daripada ‘Living Wage Foundation’ yang melaksanakan skim tersebut.

Namun begitu, pengendali stadium West Ham juga telah berjanji untuk menyertai gerakan ini dan kelab Tottenham Hotspurs turut menyatakan hasratnya untuk berbuat demikian di stadium baharu kelak.

Kelab lain membayar upah tetapi tidak menegaskan bahawa kontraktor harus berbuat sedemikian juga.

“Kami mempunyai banyak variasi kontrak,” kata Manchester United.

Sumber: Astro Awani