ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah didalangi warga tempatan setelah merampas sebanyak 527.9 kilogram (kg) ganja bernilai RM1.58 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kuala Kedah dekat sini kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, seramai empat lelaki ahli sindiket terbabit berusia 20 hingga 33 tahun turut ditahan dalam dua serbuan pada pukul 6.20 pagi hingga 7.40 pagi.
Menurutnya, suspek pertama ditahan ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Alphard di satu persimpangan lampu isyarat di Kuala Kedah pada pukul 6.20 pagi.
Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati bahagian tempat meletak barang MPV bercermin gelap itu terdapat 533 ketul ganja mampat yang diletakkan dalam guni dan ditutup dengan sehelai kain.
Sumber: Kosmo