Guan Eng Sokong BR1M Walaupun Dr. Mahathir Dakwa "Rasuah"


KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyokong pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sokongan Guan Eng itu tentunya bercanggah dengan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada mulanya yang menyifatkan pemberian BR1M itu sebagai 'rasuah' kepada rakyat bagi menyokong Barisan Nasional. 

Guan Eng menyatakan jika Pakatan Harapan menang, BR1M akan diteruskan semasa berucap pada perhimpunan'Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi', yang dilaporkan kurang mendapat sambutan di Petaling Jaya, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Dr. Mahathir yang juga  Pengerusi Pakatan Harapan dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ternyata pemberian BRIM 'menakutkan' parti pembangkang dalam menghadapi PRU14.

Ramai yang menjangka BR1M akan dinaikkan lagi oleh kerajaan yang akan diumumkan pada pembentang Bajet 2018 pada hujung bulan ini.

Pada 31 Disember 2016, Dr Mahathir Mohamad dalam blognya tetap mempertahankan kenyataannya sebelum itu  bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai rasuah.

Beliau berkata, kenyataannya itu dibuat berdasarkan maklum balas diterima daripada orang kampung.

“Saya mempertahankan ia  (BR1M) satu bentuk rasuah. Ia dijelaskan daripada komen oleh penerima BR1M di kampung, " kata Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM). - Kedahnews.com .