Guru Lelaki "Gila Seks" Cabul 2 Murud Lelaki


GURU lelaki ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, hari ini, selepas didakwa mencabul dua murid lelaki berusia 11 tahun di sekolah rendah di Serian pada Mei dan Ogos lalu.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan polis kira-kira 3 petang selepas diminta hadir ke IPD Serian bagi memberi keterangan susulan satu laporan polis berhubung perbuatannya itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya dimaklumkan, keluarga mangsa pernah mengadu mengenai perbuatan suspek itu kepada pihak sekolah, namun tiada tindakan diambil menyebabkan mereka terpaksa membuat laporan polis.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, suspek dipanggil ke IPD Serian untuk memberi keterangan sebelum dia tahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

“Guru terbabit dikatakan membuat amang (ancam) seksual fizikal terhadap kedua-dua mangsa yang masing-masing berumur 10 tahun 11 bulan dan 10 tahun 9 bulan.

“Suspek akan direman di Mahkamah Serian, esok dan kes akan disiasat mengikut Seksyen Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya dalam kenyataan medianya, hari ini.

Dev berkata, berdasarkan fakta kes, pada Mei lalu, mangsa pertama yang berusia 10 tahun 11 bulan dipanggil suspek ke pejabat Hal Ehwal Murid sekolah terbabit.

Katanya, ketika bertemu dengan mangsa terbabit, suspek bertindak mengunci pintu pejabat berkenan kemudian mencabul mangsa.

“Mangsa kedua yang berusia 10 tahun 9 bulan pula dicabul pada Ogos lalu apabila mangsa dibawa suspek ke sebuah bilik stor di sekolah sama dan cuba mencabulnya.

“Sebaik mangsa sampai di bilik stor berkenaan, suspek cuba mencabulnya tetapi mangsa sempat menghalang tindakan suspek kemudian keluar dari bilik stor dan masuk semula ke dalam kelas,” katanya.

Sumber: Metro