Hati-Hati Apple Beri Amaran... Gambar Anda Mungkin Dirakam Secara


VIENNA - AUSTRIA . Gergasi teknologi Apple diberi amaran mengenai sesetengah aplikasi berasaskan iOS yang mampu merakam foto dan video tanpa diketahui pemiliknya.

Menurut laporan Telegraph, Apple digesa mengubah jenama telefon pintarnya, iPhone dalam memberikan kebenaran akses untuk semua aplikasi.

Kelemahan sekuriti tersebut dibuktikan oleh seorang pemaju aplikasi, Felix Krause yang bekerja dengan Google.

Felix membina sebuah aplikasi berasaskan iOS, di mana aplikasi berkenaan mengambil foto pengguna telefon pintar terbabit setiap saat dan memuat naik hasilnya ke internet tanpa kebenaran pemilik.

Felix menggelar penemuan tersebut sebagai 'kelemahan sekuriti yang disalah guna oleh pemaju aplikasi iOS'.

Google sendiri sebelum ini menghapuskan beberapa aplikasi palsu yang merakam dalam senyap dan menyamar sebagai aplikasi tulen.

Melalui eksperimen Felix, selagi aplikasi terlibat dibuka, ia mampu merakam foto atau video.

Berbeza dengan produk komputer peribadi Mac yang mempunyai lampu menandakan kameranya digunakan, telefon pintar tiada sebarang indikasi yang menunjukkan kameranya aktif.

Sistem kebenaran tersebut bukan satu kesilapan oleh Apple, tetapi adalah satu kelebihan rekaan dan Felix menegaskan ia boleh disalah guna.

Selain merakam foto dan video, penyalahgunaan tersebut mampu merakam emosi pengguna, percakapan dan menyiarkannya secara langsung.

Apple masih belum memberikan maklum balas mengenai isu tersebut.

Sebelum ini, penggun Facebook menuduh laman sosial itu membaca setiap perbuatan pengguna dengan tujuan kempen pemasaran yang lebih efektif. Facebook menafikan dakwaan tersebut.

Sesetengah pengguna yang menggunakan peranti berkamera kerap menutup lubang kamera mereka kerana mengambil berat terhadap privasi.

Tabiat tersebut diamalkan oleh pengasas Facebook sendiri iaitu Mark Zuckerberg.

Sumber: Sinar Harian