Inovasi Saluran Air Paip Melalui Bumbung Jimat Kos


ALOR SETAR - Kaedah mengalirkan air dengan menyelitkan saluran paip dari atas bumbung Surau Kampung Padang Pulai, Baling, ternyata satu idea yang baik dan menjimatkan kos.

Cetusan idea dari imam surau, Abu Basir Abas ternyata dapat menjimatkan pembelanjaan surau kerana kaedah tersebut diguna pakai tanpa perlu membeli gam, penyambung dan pili paip.

Menurut Basir Abas, kolah wuduk kampung berkenaan dipenuhi dengan air dari saluran paip yang diselitkan dari atas bumbung kelihatan seperti air turun dari bumbung.

Penduduk kampung di surau berkenaan dapat menggunakan air didalam kolah yang disediakan tanpa perlu risau jika berlaku kerosakan seperti paip bocor dan sebagainya.

"Kolah ni tak guna pili paip sejak surau kampung ni mula dibina kira-kira dua tahun lepas. Kita bukan tak cukup dana tapi nak berjimat.

"Lagipun saluran paip jika tanam bawah tanah susah nak selenggara kalau bocor, nanti nak kena korek pula tar dalam kawasan surau ni. Tu pun dah makan kos," katanya kepada pemberita Sinar Online semalam. -Kedahnews.com