Insiden Ganas Tidak Masuk Akal


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang disifatkan tidak masuk akal berlaku di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Susulan tragedi itu, beliau sedih di atas apa yang berlaku dan memanjatkan doa terhadap mangsa yang terlibat.

"Sedih dengan keganasan yang tidak masuk akal di Las Vegas. Ingatan dan doa kepada mereka yang kehilangan orang tersayang," katanya menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.

Laporan dari Las Vegas menyatakan seorang lelaki berusia 64 tahun melepaskan tembakan dari bilik di tingkat 32 Mandalay Bay Resort and Casino yang menyasarkan penonton konsert yang menghadiri festival muzik negara itu yang diadakan di seberang jalan hotel terbabit.

Penembak berkenaan, seorang penduduk Nevada yang dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, ditemukan mati apabila polis tiba di biliknya yang turut menjumpai pelbagai senjata.

Serangan yang menyebabkan sekurang-kurangnya 59 maut dan lebih 500 cedera itu menjadikan insiden terbabit sebagai pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah AS.

Insiden itu sekaligus mengatasi insiden pembunuhan 49 orang di kelab malam Orlando tahun lalu.

Sumber: BH Online