PILU… Hati lelaki mana yang tidak luluh apabila melihat isteri dan anak dalam kandungan maut depan mata tanpa dapat berbuat apa-apa.
Seorang wanita maut selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah lori di Bandung, Indonesia.
Mangsa, Sri Lestari, 34, maut ditempat kejadian manakala penunggang motosikal yang dipercayai suaminya hanya mengalami kecederaan ringan.
Difahamkan, pasangan suami isteri yang menaiki motorsikal itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang persiapan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Sebaik tiba dilokasi, motosikal yang ditunggangi suami mangsa hilang kawalan dan terjatuh menyebabkan pembonceng tercampak ke lorong lain sebelum digilis oleh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Akibat kemalangan itu, Sri Lestari meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan mengerikan di mana isi perutnya terburai dan janin bersepah.
Dalam pada itu, menurut saksi kemalangan itu berpunca daripada seorang lelaki yang melintas jalan dan mangsa yang menunggang motosikal cuba mengelak sebelum hilang kawalan.
Anggota penyelamat yang tiba dilokasi segera membuat pembersihan dan membawa jenazah ke hospital untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, pemandu lori dan pejalan kaki itu telah ditahan untuk membantu siasatan lanjut.
Sumber – MYNEWSHUB