Izara Aisyah Bakal Jadi Menantu Siti Nurhaliza Pada 17 November Ini


BENDA baik mendirikan masjid, wajarlah dipercepatkan. Takut nanti lama-lama, dikebas orang lain pula.

Tidak lama lagi, pelakon cantik manis, Izara Aisyah akan mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Datuk K dan sekali gus bakal menantu Datuk Siti Nurhaliza.

Adib Khalid, 27, mengesahkan bahawa mereka bakal bernikah pada 17 November ini. Ada masa lagi sebulan saja ni nak buat persiapan.

Namun bagi Adib, majlis itu bakal diadakan dalam satu majlis tertutup yang akan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.


Manakala, majlis bersanding di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan dua hari kemudiannya.

“Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan,” kata Adib dipetik daripada Astro Gempak.

Pasangan ini sudah pun bertunang pada Julai yang lalu dan mereka bakal menghadiri kursus kahwin pada hujung minggu ini.


Izara dan Adib mula berkenalan sejak tiga tahun yang lalu. Perkenalan yang bermula dengan persahabatan itu bakal diakhiri dengan perkahwinan tak lama lagi.

Adib merupakan anak kedua hasil perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa dengan bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Dia juga memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios & Tune Music.

Kini, persiapan perkahwinan sedang giat dijalankan oleh keluarga pasangan ini. Diharapkan ketika majlis berlangsung, semuanya akan berjalan dengan lancar. – Kedahnews.com