Janna Nick Bakal Lancar Dua Single


KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick bakal tampil dengan dua single, solo dan duet sekali gus pada November depan.

Jelas Janna, dia bakal berduet dengan pelakon, Alvin Chong dalam satu single baharu yang juga runut bunyi bagi dramanya, Coffee Prince.

Katanya, single solo keduanya juga merupakan runut bunyi bagi drama tersebut dan mendapat sentuhan rakan penyanyi, Hael Husaini.

“Ramai peminat tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu. Sudah alang-alang, saya lancarkan terus dua lagu sekali gus.

“Memang sibuk dengan komitmen sebagai pelakon dan duta produk tetapi saya perlu pandai membahagi masa dan tenaga. Usia muda lagi, kan,” katanya.

Janna ditemui semasa majlis pengumuman duta produk kecantikan, Cassandra di sini hari ini. 

Sumber: Utusan Online