Jualan Barang Terpakai Di Alor Setar Dapat Sambutan


ALOR SETAR - Program jualan barangan terpakai (freebundle) di Masjid Al Irfan Derga semalam mendapat sambutan hangat.

Setiausaha Masjid Al Irfan, Yahya Saad berkata, program bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu dianjurkan Lajnah Kebajikan Masjid Al Irfan dan Raudhatul Ain Charity.

Menurutnya, sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai yang mahu mendapatkan pakaian, pinggan mangkuk dan barangan elektrik terpakai.

“Penganjur ambil masa selama sebulan untuk kumpul barangan terpakai hasil sumbangan orang ramai dan NGO.Alhamdulillah, pelbagai pakaian daripada kanak-kanak hingga veteran boleh didapati di sini,” katanya.

Yahya berkata, sambutan baik itu turut mendorong pihak masjid untuk mengadakan program sama spada Disember nanti.

Justeru katanya, orang ramai diharap dapat menyumbangkan pelbagai barangan bagi menjayakan hasrat itu dengan menghubungi  Fauzi Bakar di talian 019-4105890.

Sumber: Sinar Harian