MASYARAKAT Bugis di Indonesia diikatakan memprotes tindakan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa keturunan itu sebagai 'lanun'.
Dalam satu perbualan di perumahan elit di Jalan Prapanca Jakarta Selatan, Naib Persiden Indonesia Jusuf Kalla yang juga keturunan Bugis di Makassar juga dikatakan tersinggung dengan kenyataan Dr. Mahathir pada satu perhimpunan di Ptaling Jaya Sabtu lepas.
Sementara Persatuan Bugis Johor semalam mendesak Dr. Mahathir memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataannya yang menghina keturunan Bugis.
Yang Dipertuanya, Datuk Awang Abdullah berkata, permohonan maaf itu diharap dapat mengendurkan ketegangan yang bukan hanya kepada masyarakat Bugis di negara ini tetapi juga orang Bugis di Indonesia yang sama-sama turut tersinggung.
“Ini kerana enam juta orang yang berkerurunan Bugis di rantau ini,” katanya dalam sidang akhbar di Taman Pasir Emas, di Johor petang semalam.
Mahathir semasa berucap dalam Himpunan Anti-Kleptokrasi di Padang Timur, Selangor pada Sabtu lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.
Kenyataan tersebut mengakibatkan banyak pihak terutama mereka yang berketurunan Bugis terguris dan menyifatkannya menjatuhkan maruah masyarakat tersebut.
Kelmarin kira-kira 200 orang keturunan Bugis di Selangor berhimpuan di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menyatakan proes itu dan meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu menarik balik kenyataannya.
Sebelum itu laporan polis juga dibuat oleh masyarakat itu di Benut Johor. - Kedahnews.com
-