Kantoi Kerana Tak muat Sumbat Lima Ketul Emas Dalam Dubur


Beijing: Seorang lelaki ditangkap minggu lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Liuting, Qingdao, kerana menyeludup lima ketulan emas yang disorokkan di dalam duburnya.

Dalam kejadian 28 September itu, pegawai kastam di lapangan terbang itu mengesyaki sesuatu tidak kena apabila melihat cara pelik lelaki warga asing itu berjalan.

Mereka menghentikan lelaki itu dan memasukkan bagasinya dalam pengimbas x-ray yang menemui ketulan emas seberat 200 gram di dalam.

Bagaimanapun, lelaki itu masih berkelakuan pelik menyebabkan pegawai yang semakin curiga memaksanya melalui mesin pengimbas x-ray.

Hasil imbasan menunjukkan sesuatu di bahagian dubur lelaki itu dan siasatan mendapati tiga lagi ketulan emas dengan saiz serta berat sama dengan yang pertama.

Pegawai terbabit kemudian menemui punca cara berjalan lelaki itu yang pelik - satu lagi ketulan emas juga dengan berat dan saiz sama.

Difahamkan kejadian itu kali pertama lelaki terbabit cuba menyeludup emas. Mengikut perancangan asalnya, dia mahu memasukkan semua ketulan itu ke dalam duburnya tetapi hanya dapat memuatkan tiga.

Disebabkan itu dia terpaksa mencari jalan menyembunyikan dua lagi ketulan emas itu seterusnya membawa kepada penangkapannya.

Pada 2013, pegawai kastam di sebuah lapangan terbang di Korea menahan sembilan rakyat Taiwan yang cuba menyeludup 24 ketulan emas di dalam dubur dengan setiap seorang membawa 5.5 kilogram logam berkenaan di dalam badannya.

Sumber: Metro