Kek Coklat Bersalut Serbuk Dadah


NEW JERSEY – Pelbagai cara digunakan untuk menyelu­dup dadah ketika ini.

Antara taktik yang selalu digunakan termasuk menyembunyikan dadah tersebut di dalam bagasi atau membawanya bersama dalam kuantiti yang sedikit.

Bagaimanapun, ‘kreativiti’ se­orang lelaki menyembunyikan dadah dalam makanan yang di­bawanya mendapat perhatian baru-baru ini.

Portal UPI memetik kenya­taan pendakwa raya sebagai ber­kata, lelaki itu ditangkap kerana membawa berpuluh-puluh kek coklat kecil yang diselaputi serbuk dadah jenis heroin.

Jacobo Orellana-Estrada, 21, yang juga seorang warga Guatemala ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di sini pada 11 Jun lalu oleh sepasukan anggota kastam yang curiga dengan bagasi yang dibawanya.

Ketika ditahan, pihak berkuasa mendapati jumlah keseluru­han heroin yang dibawanya di­percayai melebihi satu kilogram (kg).

Orellana-Estrada bagaima­na­pun telah mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di Mahkamah Persekutu­an Trenton dekat sini, kata se­­orang peguam, William E. Fitzpatrick.

Atas kesalahan itu, tertuduh kini berdepan hukuman penjara maksimum iaitu seumur hidup yang dijangka bermula Januari depan.

Sumber: Utusan Online