Kelasss… Sajat Ke Kelantan Jumpa Bakal Mak Mentua!


USAHAWAN terkenal, Nur Sajat sememangnya antara selebriti sensasi yang sentiasa mendapat perhatian umum.

Pelbagai kontroversi yang melanda ‘wanita’ ini bermula daripada isu jantina yang menjadi tanda tanya sehinggalah cerita menjadi ‘batu api’ dalam pergaduhan melibatkan dua aktress jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish.

Terkini, sekali lagi nama usahawan ini dilihat menjadi bahan bualan. Kali ini gara-gara sebuah video terbaharu tular di laman sosial baru-baru ini.

Mana tidaknya, dalam video berkenaan memaparkan Sajat yang begitu teruja menyatakan hasratnya pergi ke Kelantan untuk bertemu dengan bakal mak mentua.


“Takkan nak pakai begitu jumpa mak mentua.. Mak mentua kita sporting..” ujar Sajat menerusi rakaman berkenaan.

Namun seperti biasa lah pasti ada yang tidak senang dengan kenyataan Sajat terutamanya daripada mereka yang masih belum ‘move on’ mempersoal jantina sebenar usahawan ini.

Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita ‘panas’ yang mengatakan Sajat bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, Couch Yin.

Dalam pada itu, usahawan yang terkenal dengan tagline Let’s Cantik Jangan Mengata ini berkata sekiranya tiada aral melintang, mereka akan mendirikan mahligai bahagia bersama pada hujung tahun depan.

Hmmm…adakah tujuan Sajat bertemu dengan bakal mak mertua untuk membincangkan mengenai perihal perkahwinan?

Sama-samalah kita tunggu kenyataan rasmi usahawan kosmetik ini sendiri! 

Sumber - MYNEWSHUB.