Kematian Anggota TLDM : Mahkamah Benar Polis Tukar Perintah Reman


LUMUT - Mahkamah Majistret Seri Manjung  hari ini mengeluarkan perintah baharu reman selama tujuh hari bermula hari ini terhadap  dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mengikut  Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bagi membantu siasatan kematian dua anggota pasukan itu, pada 29 Sept.

Tahanan reman dua anggota terbabit sebelum ini, yang berakhir semalam, dikeluarkan mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan melakukan ugutan jenayah.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid membenarkan penukaran perintah reman itu terhadap dua anggota TLDM berkenaan masing-masing berusia 27 dan 39 tahun.

Pada 29 Sept lepas, dua anggota TLDM , Laskar Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Laskar Kelas 1, Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dua  dipercayai akibat didera semasa  menjalani tahanan di di Bilik Tahanan Sungai Wangi, Sitiawan.

Laporan forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh mendapati terdapat pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa.- BERNAMA