'Kenapa SPRM Tak Siasat Masa Saya Jadi Menteri Menteri Dulu'


BEKAS Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dari 2009 hingga 2015 Datuk Seri Shafie Apdal mempersoalkan kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat dakwaan seleweng dana untuk projek luar bandar di Sabah sekarang dan tidak masa beliau menteri dulu.

“Jangan cakap semua syarikat ini milik saya…come on lah,”katanya.

Beliau mendakwa prestasinya semasa jadi menteri adalah cemerlang malah dapat pujian dari Perdana Menteri pada tahun 2009, 2012 dan 2013.

Ditemui wartawan di Lapangan terbang Kota Kinabalu Jumaat,beliau yang kini Presiden Parti Warisan Sabah kata setakat ini SPRM belum hubunginya lagi.

Katanya beliau sedia bantu siasatan kes itu.

Beliau juga nafi ada kaitan dengan syarikat-syarikat yang disiasat SPRM dalam kes itu.

Setakat ini SPRM telah tahan tiga orang termasuk Naib Presiden Parti Warisan Datuk Peter Anthony.

Sumber : Agendadaily