Kit Siang Terus Bersandiwara Isu Terima RM1 Bilion Dari Mahathir


PENASIHAT  DAP, Lim Ki Siang masih  terus 'bersandiwa' berhubung dakwaan beliau menerima RM1 bilion daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kit Siang mencabar semua pihak, sekiranya dakwaan itu dapat dibuktikan, beliau berjanji untuk menyumbangkan RM1,000 setiap bulan kepada sejuta rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Menurut Roketkini.com janji itu diumumkan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patang dalam ceramahnya di Pandamaran, Selangor kelmarin.

Kit Siang didakwa telah menerima RM1 bilion daripada Pengerusi PPBM itu bagi membolehkannya menyertai Pakatan Harapan, serta meletakkan Mahathir sebagai pengerusi.

Selain itu, rasuah tersebut juga didakwa bertujuan untuk mendiamkan Kit Siang daripada bersuara tentang skandal ‘forex’ Bank Negara Malaysia serta memberikan kerusi selamat untuk ditandingi Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dakwaan  itu dibuat oleh blogger dan juga penganalisi politik, Raja Petra Kamaruddin minggu lalu

Kit Siang sebelum ini diminta menyaman Raja Petra jika tidak benar Dr. Mahathir membayar RM1 bilion kepadanya.

Jawatan pengerusi PH sepatutnya dipegang  pemmipin DAP mengetuai pakatan itu memandangkan DAP memiliki lebih banyak kerusi  di dalam Dewan Rakyat berbanding pemimpin  PPBM (Dr.Mahathir) kerana parti itu hanya ada satu kerusi Parlimen sahaja .  

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim baru-baru ini mncabar 
Kit Siang agar tampil memberi penjelasan serta membuat penafian terhadap dakwaan oleh Raja Petra.

Raja Petra, penganalisis politik yang sering 'membongkar' komplot yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak dan kerajaan.

"Sekiranya tidak betul, Dr. Mahathir dan Kit Siang perlu menyaman Raja Petra kerana memfitnah mereka" " kata Tunku Aziz.

Raja Petra menerusi potral Malaysia Today minggu lalu  mendakwa Dr. Mahathir memberi Kit Siang RM1 bilion bagi membolehkan beliau menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Perjanjian bayaran itu juga didakwa meliputi beberapa per­kara lain termasuklah Kit Si­ang tidak akan mendedahkan skandal forex Bank Negara dan memberikan kerusi Parlimen selamat untuk anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Tunku Abdul Aziz yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah menegaskan dakwaan Raja Petra itu sangat serius dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh pihak yang dituduh. -Kedahnews.com