KUIN Kuala Ketil Nafi Tohmahan Konon Konvokesyen Hambar


ALOR SETAR - Pengarah Komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Hamlan Din menafikan tohmahan segelintir pihak yang mendakwa majlis konvokesyen yang diadakan di institusi pengajian itu hambar.

Jelasnya, tuduhan tersebut adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya konvokesyen bermula semalam itu secara keseluruhannya berlangsung meriah.

"Konvokesyen kali ini satu kebanggaan,

"Dakwaaan mengaitkan konvokesyen kali ini kurang meriah tidak benar, tetapi konvokesyen kali ini adalah satu kebanggaan terutamanya apabila ia melibatkan Pemasyuran Censelor iaitu Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah,

"Sambutan pengunjung terhadap lebih 20 gerai jualan juga meriah. Selama dua hari berlangsungnya konvokesyen ini mencatatkan kira-kira 7,000 kehadiran melibatkan ibu bapa dan graduan," katanya selepas tamat Majlis Konvokesyen Kali Ke-19 Kuin, di sini semalam.

Sementara itu, Hamlan menjelaskan bahawa tiada yuran pendaftaran dikenakan bagi anak Kedah dalam pengambilan 25 November depan bagi peringkat ijazah hingga doktor falsafah dalam pelbagai bidang.

"Kuin juga membiayai yuran pengajian pelajar Asasi Pengajian Islam dan Pengurusan selama setahun bagi pengambilan 25 November depan," Katanya. - Kedahnews.com