Langsung Tiada Negara Dunia Laksana Dan Kemudian Batalkan GST - Shahrir


ANTARA perkara utama yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan jika menang PRU14 ialah menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi menarik sokonga rakyat dalam menghadapi PRU 14..

Sedangkan tindakan kerajaan melaksanakan sistem percukaian  GST itu juga telah menyelamatkan ekonomi ketika pendapatan hasil negara merosot akibat kejatuhan harga  komoditi utama termasuk minyak mentah.
.
Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mempunyai sebab untuk mempertahankan pelaksanaan GST yang diperkenalkan pada pertengahan tahun  2015.

Beliau menjelaskan tiada satu negara pun di dunia  yang melaksanakan GST, telah membatalkan sistem cukai berkenaan, sekali gus membuktikan pelaksanaannya adalah relevan untuk pembangunan ekonomi sesesbuah negara.

Bagaiamanapun Shahrir  berkata tumpuan harus diberikan kepada soal bagaimana ia (pendapatan GST) itu dapat dikembalikan kepada rakyat dan mengekalkan kadarnya yang sama dalam tempoh tertentu berbanding menghapuskannya.

"Kalau pihak pembangkang nak mempertikaikan soal GST, soal pulangan, soal angka-angka, malah dalam Bajet Alternatif mereka pun, mereka tolak GST, tetapi bagaimana pula dengan 160 buah lagi negara yang kita anggap politiknya lebih matang, tidak pula nak dibatalkan (GST).

"Malah, pihak pembangkangnya pun tidak menjanjikan GST itu dibatalkan, sebaliknya yang menjadi perbahasan bagaimana ia harus diagihkan dan kadarnya dikekalkan," katanya ketika menjadi tetamu program khas Bicara Bajet 2018 yang disiarkan di TV1, malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentangkan Baget 2018 Jumaat lepas meminta agar pembangkang berhenti mempolemikkan GST sebagai isu politik kerana terbukti GST menjadi penyelamat kepada ekonomi Malaysia tahun ini.

Ini  kerana tanpa kutipan GST berjumlah  RM41 bilion, kerajaan tidak dapat bayangkan bagaimana negara boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat, kata Najib.
.
Menurut beliau pihak pembangkang pun  sampai hari ini tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST kerana ada yang menyebut GST diterima tapi 'based on zero-rate' dan yang terbaharu mahu kembalikan sistem percukaian lama (SST) pula.

Dalam bajet itu Perdana Menteri menjelaskan kerajaan mencadangkan pengecualian cukai terbaharu kepada beberapa perkhidmatan dan barangan teramasuk perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta terhadap  bahan bacaan meliputi semua jenis majalah, komik, journal dan terbitan berkala mulai 1 Januari 2018.

Pelepasan cukai itu juga termasuk operator kapal persiaran  ke atas perkhidmatan pengendalian yang dibekalkan oleh operator pelabuhan di Malaysia,  perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan.

Pengimportan peralatan berkaitan industri minyak dan gas di bawah satu perjanjian pajakan, dibekalkan oleh syarikat yang berada di  Labuan, Langkawi dan Tioman kepada pelanggan di Malaysia juga dikecualikan  GST.

Kata Najib lagi, perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kediaman berstrata yang dibekalkan oleh badan pengurusan bersama dan perbadanan pengurusan yang kini tidak dikenakan GST, diperluaskepada perkhidmatan pengurusan dan penyelenggaraan yang dibekalkan oleh pemaju perumahan, mulai 1 Januari 2018. - Kedahnews.com