SHAH ALAM - Kira-kira 577,000 pengguna di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint akan menikmati diskaun antara 20 sen dan 60 sen, Rabu ini sempena sambutan perayaan Deepavali.
Ketua Pegawai Eksekutif Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak), Sazally Saidi berkata, diskaun bagi pengguna di kedua-dua lebuh raya terbabit diberikan bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari tersebut.
"Bagi pengguna di LDP mereka akan menikmati diskaun 60 sen, manakala bagi pengguna di Lebuh Raya Sprint diskaun tol yang diberikan adalah sebanyak 20 sen.
"Diskaun ini diberikan kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan kedua-dua lebuh raya milik Litrak," katanya ketika ditemui pada majlis Sumbangan Deepavali Kumpulan Litrak di sini hari ini.
Sumber – Kosmo