Mahathir Cuba "Perbodohkan" Rakyat Perlis Dengan Cerita Dogeng


ARAU - "Penyangak, perompak, penyamun,  'kawaq' (pencuri kampung), lanun, bodoh dan jual negara."

Itulah antara tuduhan dan ungkapan yang sering digunakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ceramah mereka di Kedah dan Perlis pada Jumaat dan Sabtu minggu ini.

Malah tuduh-tuduhan yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu sudah menjadi 'mangli' atau biasa bagi penduduk di dua negeri ini.

Mereka disajikan perkara yang sama dan diulang-ulang persoalan itu walaupun telah diberi jawapan oleh kerajaan.

Umpamanya, pada program Jelajah Semarak oleh PBM di Jejawi, Perlis malam tadi,  rakyat Perlis cuba "diperbodohkan" oleh tiga pemimpin yang bagaikan sudah kehabisan "peluru" atau modal politik.

Antara cerita yang dibangkitkan oleh Mahathir ialah kehilangan wang 1MDB, nama Malaysia di luar negara buruk, negara  gagal diurus  sejak pentadbiran negara diambil alih oleh Najib selaku Perdana Menteri.  

Semalam, Mahathir membawa cerita dongeng kononnya sebahagian daripada Kuantan, Pahang telah digadaikan kerajaan kepada negara asing.

Berdasarkan maklumat yang beliau terima, kata Mahathir  kira-kira 1,214 hektar daripada tanah di Kuantan kini telah didirikan tembok setinggi 2.4 meter sejauh sembilan kilometer untuk warga asing.

"Kawasan ini tidak dibenarkan orang Malaysia untuk memasukinya, hanya menggunakan mata wang negara asing dan bukan undang-undang negara ini," katanya ketika berucap semasa majlis itu.

Kira-kita 1,000 hadir untuk mendengar Dr. Mahathir berceramah pada mallis itu, jauh merosot jika dibandingkan  semasa ceramahnya selepas menubuhkan PPBM.

Mahathir mengulangi permusuhan beliau dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu pada masa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hanya masalah kecil dan kini sudahpun dilupakan.

"Saya akan berterima kasih kepada rakyat jika menolak UMNO, BN parti yang pernh saya pimpin dulu " katanya.

Pada majlis itu, Mahathir juga mengulangi bahawa beliau tiada niat beliau untuk menghina orang keturunan Bugis apabila menyebut mereka berasal dari keturunan lanun.

Katanya  beliau hanya tujukan kepada pemimpin negara ini yang 'menyamun' wang negara, bukan orang Bugis di negara ini mahu pun di Indonesia.

Mahathir menegaskan perkara itu berikutan kemarahan penduduk Bugis di Malaysia dan Indonesia yang mengaitkan mereka sebagai keturunan lanun.

Semalam Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang berasal dariada keturunan Bugis Sulawesi r menyatakan rasa  tersinggung dengan kenyataan lanun oleh Dr. Mahathir terhadap rumpun bangsa itu. - Kedahnews.com