Maut Dilanggar ETS


PETALING JAYA - Seorang lelaki maut selepas dilanggar tren elektrik (ETS) di Kilometer (KM) 375.4 dekat Damansara, di sini, pada jam 11.52 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata ketika kejadian tren berkenaan dalam perjalanan dari KL Sentral menuju Batu Gajah, Perak.

Katanya, kapten tren berkenaan bertindak memberhentikan tren selepas menyedari ia terlanggar sesuatu sebelum menemui seorang lelaki dalam keadaan tempurung kepalanya sudah pecah dan melaporkannya kepada polis.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Selayang, pada jam 1.45 pagi.

"Mangsa berusia lingkungan 30-an namun, pemeriksaan pada badannya tidak menemui sebarang dokumen," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zani berkata, mayat kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Sumber:BH Online