Mona Sedia Bertemu Empat Mata Dengan Erra


PRAMUGARI yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan Shahir Zawawi dan Erra Fazira berkata dia bersedia untuk bertemu dengan Erra untuk menghentikan segala spekulasi liar yang timbul.

Kata Mona atau nama sebenarnya, Mona Syamimi Mohd Samsudin, 27, dia mahu bertemu dengan primadona filem Melayu tersebut bagi menjelaskan hubungan sebenar antara dia dan Shahir.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan Erra dan menunjukkan bukti-bukti  perbualan antara saya dengan Shahir,” kata Mona kepada Metro Ahad.

Minggu lalu, industri seni tanah air digemparkan dengan berita wujudnya orang ketiga dalam hubungan cinta Erra dan Shahir.

Bagaimanapun, Shahir menafikan mempunyai hubungan sulit dengan Mona dan mengatakan bahawa wanita dianggap hanya sebagai peminatnya.

Namun, Mona pula menyangkal kenyataan Shahir itu dengan mengatakan mereka sering keluar berdua-duaan selepas berkenalan dengara satu sama lain di Instagram sebulan yang lalu.

Meskipun mengakui hubungan rapatnya dengan Shahir,, Mona mahu kontroversi itu berakhir dengan segera.

“Saya juga berharap agar Shahir tampil memberi penjelasan. Saya tidak mahu perkara ini untuk menjejaskan karier saya,” kata Mona lagi.

Difahamkan, Mona kini sedang bercinta dengan pemain bola sepak negeri Terengganu.

Sumber - MYNEWSHUB.