Muka Mereput Dan Membusuk Akibat Nak Cantik


MENDERITA kerana nak cantik. Ini yang berlaku kepada seorang lelaki apabila mukanya mereput dan membusuk selepas melakukan pembedahan di bahagian pipi dengan seorang doktor palsu.

Jerson Trujillo, 28, yang berasal dari Colombia, melakukan pembedahan itu untuk menjadi seperti seorang wanita.

Disebabkan itu, Jerson terpaksa menjalani empat pembedahan menyakitkan bagi merawat semula kerosakan tersebut.

Dua lagi pembedahan sedang dijadualkan untuknya.

“Naif. Saya tidak tahu apa yang mereka masukkan dalam pipi saya. Muka saya rosak, mereput dan keluar nanah,’’ katanya yang memaklumkan mukanya menjadi panas dan merah selepas disuntik oleh doktor palsu itu, kira-kira empat tahun lalu.

Dia hanya mendapati mukanya bermasalah apabila menjalani rawatan melembabkan muka, seminggu selepas pembedahan itu dijalankan.

Doktor palsu itu kini melarikan diri.

Sumber – MYNEWSHUB