Naib Juara Asia: Tahniah Skuad Hoki Negara


SEKALIPUN tewas 1-2 kepada India kelmarin, skuad hoki kebangsaan membuktikan era gemilang sukan itu kini telah kembali. Walaupun sudah melayakkan diri ke Piala Dunia tahun depan, skuad bimbingan Steven Van Huizen tetap beraksi cemerlang sepanjang kejohanan di Bangladesh.

Hasilnya, ia berjaya meletakkan sejarah dengan beraksi di final Piala Asia.

Tiada berita baik selain kejayaan skuad hoki. Ia menebus aib negara dengan prestasi yang memalukan pasukan bola sepak yang diumumkan sebagai pasukan ranking ke 170 Terbaik Dunia.

FAM perlu belajar daripada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC): Bagaimana kejayaan dicipta dengan keputusan. Bukan cakap besar dan asyik salahkan orang sepanjang masa. Karektor senyap MHC satu indikasi: Bahawa bercakap banyak hanya perbuatan membuang masa!

Tahniah kepada Presiden MHC, Datuk Subahan Kamal atas kejayaan ini. Anda membuktikan, Presiden berkerja dengan senyap tetapi efisien. Bukan menjerit-jerit melahirkan ketakutkan terhadap rampasan kuasa. Presiden yang hebat tidak bermegah-megah dengan wangnya.

Pengalaman yang lama menjadikan Subahan rasional. Presiden PHM ini tahu perbezaan: Antara menciptakan keputusan besar dengan asyik bercakap besar.

Berhubung rayuan MHC supaya sukan hoki disenaraikan sebagai acara podium, ia permintaan wajar. Skuad hoki negara kini ditangga ke 12 dunia. Angka yang kurang 158 kedudukan berbanding bola sepak. Tentulah munasabah dijadikan acara podium.

Kita berharap dengan keputusan baik di Piala Asia, paling tidak ranking terbaharu nanti skuad hoki kebangsaan akan bergerak ke angka lebih baik.

Jangan jadi bola sepak, asal FIFA umum saja ranking, asyik terbaik dari belakang saja!

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, patut mendengar rayuan Subahan. Skuad hoki wajar dipertimbangkan sebagai acara podium. Pingat Perak Piala Asia satu pencapaian bersejarah.

Elok Khairy memberikan perhatian pada skuad hoki. Apa hal asyik menyibuk membela FAM? Sebenarnya seluruh FAM yang patut masuk muzium sebab asyik kalah saja! - Kedahnews.com