ALOR SETAR - Sedia maklum bahawa Kedah merupakan pengeluar beras terbesar di Malaysia dan salah satu syarikat pengeluar beras yang terbesar di Malaysia adalah NINAMAJU.
Syarikat ‘NINAMAJU’ mula beroperasi sejak tahun 1981 dan merupakan pengusaha beras yang diyakini serta dipercayai jenamanya sehingga kini dan berasal dari sebuah negeri jelapang Padi Malaysia iaitu Kedah.
Syarikat Ninamaju Sdn Bhd ini memberi jaminan tinggi terhadap keselamatan makanan dan amat menitikberatkan tentang alam sekitar.
Hal ini amat selari dengan misi syarikat ini yang akan membekalkan makanan sihat serta selamat kepada rakyat Malaysia di samping mengambil berat terhadap isu persekitaran.
Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan mereka salah satu daripada syarikat-syarikat pengeluar beras utama yang membekalkan makanan ke seluruh negara.
Kilang Ninamaju Sdn Bhd merupakan sebuah kawasan yang agak strategik yang terletak di negeri Kedah.
Kilang ini dikatakan bermula dari sebuah kedai yang terletak di Pumpong sebelum berpindah ke Mergong Kedah.
Perniagaan mereka semakin hari semakin maju dan hal ini menyebabkan Ninamaju sekali lagi perlu berpindah utuk mendapatkan ruang yang lebih besar.
Kini Ninamaju telah berpindah ke Jitra Kedah pada tahun 2009 kerana tuntutan permintaan yang semakin meningkat naik.
Untuk makluman, kilang yang lebih besar, moden dan bersifat mesra alam ini mempunyai keluasan sebanyak 10 ekar dan berkeluasan seluas 80,000 kaki persegi.
Keluasan yang dimiliki membolehkan penyimpanan yang mencukupi bagi hasil pengeluaran padi dan sekaligus membolehkan pembangunan perniagaan lain sebagai ejen utama walaupun rangkaian pengagihan sudah tersedia ada.
Selain itu, Ninamaju Sdn Bhd juga terlibat dalam pengeluaran beras berkualiti tinggi dan pemprosesannya menggunakan mesin berteknologi tinggi supaya dapat memenuhi permintaan makanan harian masyarakat dengan lebih baik.
Dikatakan bahawa kualiti beras mereka bermula ketika pemilihan dalam penanaman padi iaitu bermula daripada awal proses penanaman padi.
Syarikat ini turut menjalankan R&D tentang amalan pertanian terbaik mengenai cara penanaman, pembajaan dan meminimumkan kawalan perosak. -Kedahnews.com