Pandu Di Lorong Kecemasan: Bekas Timb. Ketua Pengarah JPJ Kekal Didenda RM2,000


PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob, dikenakan denda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas didapati bersalah memandu di lorong kecemasan.

Majistret Muhammad Zaki Abd Kudos, turut memerintahkan Yusoff, 58, selaku orang kena saman (OKS) menjalani tambahan hukuman penjara empat bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Yusoff yang kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kemudian membayar denda berkenaan.

Sumber: Kosmo