Pelajar Tahun 4 Derita Tangan Tersepit Di Lubang Tandas


Petaling Jaya - Tindakan mahu menyelamatkan jam tangan yang terjatuh ke lubang jamban sebaliknya menyebabkan tangan seorang murid lelaki tahun empat tersepit dalam lubang berkenaan.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi semalam ketika mangsa berada di sebuah sekolah di Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, di sini.

Susulan itu, pihak bomba terpaksa dipanggil ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan tangan kanan mangsa.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya terpaksa memecahkan mangkuk tandas berkenaan untuk mengeluarkan tangan murid itu.

“Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya bergegas ke lokasi sebelum memulakan operasi menyelamatkan mangsa pada jam 11.44 pagi,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dikatakan cuba mengambil jam yang terjatuh sebelum tangannya tersepit.

Sumber: Metro