Pembangkang Kedah Juga 'Pilih Kasih' Beri Bantuan Pada Mangsa Banjir?


ALOR SETAR - Bukan sahaja DAP Pulau Pinang, parti-parti pembangkang di negeri Kedah juga mangamalkan pilih kasih dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

PKR, PPBM dan PAN hanya memilih pengundi dan penyokong parti itu sahaja berbanding bantuan dan pertolongan yang diberikan oleh UMNO dan Barisan Nasional, tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan kawasan.

Berdasar rakaman video dan foto di FB, pembangkang menonjolkan bantuan di kawasan yang parti itu menangi dan pemberian itu hanya kuhusu kepada penyokong mereka.

Begitu juga bantuan selepas banjir, sukarelawan UMNO pergi ke rumah tanya bertanyakan parti mana yang mereka sokong.


Sementara itu di Pulau Pinang  Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Sheik Alaudeen Sam Hoo berkata, hanya sebuah rumah di Kampung Pangkalan, Sungai Bakap menerima bantuan daripada kerajaan DAP.

Menurutnya terdapat sembilan rumah di kampung berkenaan yang terjejas dan mengalami kerugian akibat banjir kilat September lalu.

 “Kami menerima banyak aduan daripada orang kampung berhubung bantuan tersebut dan percaya ramai lagi mangsa di kawasan lain tidak menerimanya sedangkan itu hak mereka, kata Sheik Alaudeen yang menyifatkan kerajaan  DAP negeri itu sebagai pilih kasih dan berat sebelah.

“Kerajaan negeri perlu memudahkan lagi sistem permohonan bantuan banjir, warga emas tidak tahu hendak mengikuti prosedur ditetapkan. Apa salahnya jika berikan kepada semua,” katanya ketika ditemui selepas program Setulus Kasih Seikhlas Rasa anjuran Puteri UMNO Bahagian Sri Aman Sungai Bakap semalam.

Dalam program itu,  sebanyak 115 mangsa banjir menerima sumbangan barangan keperluan ha­rian seperti minyak masak, minuman dan biskut.

Turut bersama pada program kebajikan  ialah Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Mohd. Noor Ahmad dan Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Datuk Dr. Shaik Hussein Mydin. - Kedahnews.com