'Pemberian Wang RM1 Bilion': Mahathir, Kit Siang Disaran Tampil Beri Penjelasan


PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad disaran tampil memberi penjelasan serta membuat penafian terhadap dakwaan oleh penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin berhubung pemberian RM1 bilion.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana percaya rakyat mahu tahu kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.

Sekiranya tidak betul, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Kit Siang perlu menyaman Raja Petra kerana memfitnah mereka,kata beliau.

“Kita ternanti-nanti kenyataan atau penafian daripada Kit Siang. Saya percaya bukan hanya ahli DAP serta penyokong setia beliau mahu tahu, tetapi rakyat secara keseluruhannya yang akan mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) juga mahu tahu kebenaran dakwaan itu.

“Dr. Mahathir juga perlu tampil, sama ada mengesah atau menafikan dakwaan itu. “Sekiranya kedua-dua pemimpin itu menafikannya, mereka perlu bertindak menyaman Raja Petra kerana dakwaan ini sangat serius,” katanya dalam sidang akhbar di  di Kuala Lupur semalam.

Media tempatan melaporkan Raja Petra menerusi potral Malaysia Today Sabtu lalu mendakwa Dr. Mahathir memberi Kit Siang RM1 bilion bagi membolehkan beliau menjadi Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Bbayaran itu dikatakan sebagai 'perjanjian', termasuklah Kit Si­ang tidak akan mendedahkan skandal forex Bank Negara dan memberikan kerusi Parlimen selamat untuk anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah menegaskan, dakwaan Raja Petra itu sangat serius dan perlu diperjelaskan secepat mungkin oleh pihak yang dituduh.

“Kit Siang perlu tampil, perlu jelaskan sebagai seorang pe­mimpin parti, beliau tidak terlibat dalam perkara seperti didakwa itu, supaya seluruh negara faham situasi sebenar,” jelas beliau yang dipetik dari Utusan Malaysa..

Sementara itu Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, tuduhan itu terlalu berat dan mengejutkan rakyat sekali gus memerlukan kedua-dua pemimpin itu tampil membersihkan maruah mereka.

 Jika dakwaan Raja Petra itu benar, ia secara tidak langsung menunjukkan kuasa memerintah negara ini sekiranya pembangkang berkuasa akan diterajui golongan minoriti iaitu DAP.

'Kit Siang tiada pilihan selain perlu bertanggungjawab serta berani tampil menafikan tuduhan berkenaan bagi mempertahankan imej serta maruah karier politik beliau serta parti DAP yang diterajuinya selama lebih 51 tahun.

“Kegagalan berbuat demikian memberi tanggapan negatif serta hilang sokongan serta kepercayaan bukan sahaja dalam kalangan pengundi mahupun penyokong tetapi legasinya juga berkemungkinan ditolak perwakilan DAP pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat nanti. - Kedahnews.com