AKTIVIS undang-undang Siti Kassim membidas Pemuda Armada PPBM dengan mendakwa mereka hendak menjadi 'juara Islam' kerana menentang pesta arak Oktoberfest di Selangor yang dipertahankan oleh DAP.
Beliau yang merupakan peguam berkata, petisyen bantahan Armada PPBM yang diketuai Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu bermotifkan kepentingan politik.
“Nampakkan apa saya maksudkan? Semua orang mahu jadi juara Islam. Semua orang mahu jadi juara Islam. Ini semua mengenai politik. Bila ahli politik akan mula berfikir sebagai rakyat Malaysia,” katanya dalam facebooknya hari ini.
.
Armada PPBM Selangor melancarkan petisyen itu pada 29 September dan mendawa sudah mendapat lebih 10,000 tandatangan bagi protes anjuran pesta arak itu.
Petisyen dengan tajuk “Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia” itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Pemuda PPBM juga memberi amaran kebebasan tanpa kawalan akan membuka ruang kepada parti homoseksual dan perkahwinan sama jantina pada masa depan. -
Sementara itu Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos bertindak memecahkan lebih 100 botol minuman itu di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam yang menempatkan pejabat Menteri Besar Selangor.
Beliau bertindak demikian sebagai membantah usaha untuk mengadakan pesta minum arak yang dicadang akan dibuat di negeri itu walaupun mendapat bantahan keras umat Islam..
Jamal tiba dengan kira-kira 20 orang penyokongnya pada jam 10.15 pagi dan memecahkan botol-botol arak itu sebagai simbolik agar kerajaan negeri membatal festival itu - Kedahnews.com