Penantian Zachary Anderson Beraksi Di Pentas Final Bersama Kedah Akan Berakhir


ALOR SETAR - Penantian pemain Import Kedah dari Australia, Zachary Anderson yang menyimpan hasrat untuk beraksi di pentas final bersama Kedah akan berakhir tidak lama lagi.

Dia yang lebih mesra disapa sebagai Zach berkata, pada final Piala FA musim ini Zach tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan tulang pinggul.

Namun pada final kali ini, Zach bakal memperkuatkan barisan pertahanan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia bagi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurutnya, beraksi dalam perlawanan akhir untuk Kedah antara yang ditunggu-tunggu, selain ingin membantu pasukan membawa pulang kemenangan.

"Saya terlepas aksi final Piala FA ketika kawan-kawan berjaya membawa pulang Piala FA dengan menewaskan Pahang.

"Sebab, saya teruja untuk bermain dalam pentas final kali ini dan apa yang lebih baik ia satu perlawanan tumpuan dan terakhir dalam Liga Malaysia.

"Kami akan berusaha yang terbaik buat semua khususnya penyokong. Kami akan mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

"Saya yakin kami dapat berbuat demikian berdasarkan prestasi rakan sepasukan selain semangat juang yang tinggi," katanya yang dipetik dari Mstar Online.

Tambah Zach, dia juga akan berusaha membawa bapa dan adiknya untuk menyaksikan perlawanan akhir kali ini.

Dua individu itu bakal menjadi pembakar semanat untuk Zach berjuang bersama rakan-rakan selain sokongan padu penyokong hijau kuning di Stadium Shah Alam nanti. - Kedahnews.com