KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam membuat keputusan lafaz cerai ahli perniagaan, Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim terhadap usahawan kosmetik, Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Refva pada 12 Januari 2015, adalah sah.
Hakim, Mohd Suhail Mohd Najid membuat keputusan selepas kes disebut kali pertama di hadapannya pada Selasa.
Mahkamah mendapati lafaz cerai Mohd Rayus memenuhi rukun dan syarat talak serta Seksyen 57 Enekmen Undang- Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Sementara itu, Joy menegaskan tidak akan kembali kepada suaminya, Hafiz Hamidun meskipun mahkamah memutuskan penceraian perkahwinan sebelum ini sebagai sah.
Jelas Joy, dia sudah tawar hati dengan Hafiz yang dianggapnya gagal memainkan peranan sebagai suami.
Sumber: Astro Awani