Perjuangan 4All Anjuran UMNO 'Diminati' Wakil DAP Pulau Pinang



DIALOG Perjuangan 4All anjuran UMNO yang menjelajah ke seluruh negara bukan sahaja mendapat sambutan di kalangan rakyat terutama ahli UMNO tetapi juga diminati oleh pemimpin DAP.

Buktinya dialog yang diadakan di Wisma Transformasi Permatang Pauh, Pulau Pinang malam tadi turut dihadiri oleh 'wakil' kerajaan DAP Pulau Pinang, iaitu Zaidi Ahmad, Pegawai Penerangan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Bagaimanapun kehadiran Zaidi itu hanya untuk mengemukakan soalan berbentuk provokatif.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun  mengalu-alukan soalan seperti itu apatah lagi ia diajukan oleh wakil DAP.

Bagi menjawab pertayaan yang dikemukakan Zaidi berkait 1Malaysia Development Berhad  (1MDB),   Annuar menjelaskan Jabatan Kehakiman (DoJ) baharu mengeluarkan  laporan tentang 'salahlaku' separti mana yang diadukan oleh pembangkang.

"Ia belum buka kes dan belum ada afidavit berhubung dakwaan itu, " kata Annuar.

Beliau kemudian bertanya semula pada Zaidi tentang kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang menghadapi tuduhan kes rasuah di mahkamah.

" Guan Eng masih menjalankan tugasnya di pejabat, seperti tiada apa yang berlaku, " kata Annuar.

 ,Pada pertanyaan itu, Annuar  turut mengaitkan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa paling berpengaruh dunia, pernah mengandaikan Iraq menyimpan senjata kimia, sebelum negara Teluk itu akhirnya musnah akibat peperangan.

Bercakap kepada pemberita selepas program itu Annuar berkata kehadiran wakil kerajaan DAP Pulau Pinang pada majlis anjuran itu menunjukkan DAP kini lebih agresif terhadap BN atau lawan politiknya.
.
Kata Annuar, di negeri lain ada juga peserta program daripada parti pembangkang, tetapi kebanyakan mereka adalah ahli biasa dan tiada jawatan tinggi seperti Zaidi.
"Tetapi di Pulau Pinang ada kelainan sedikit. DAP nampaknya lebih agresif, namun tidak mengapa, kerana saya suka soalan bersifat provokatif," kata Annuar.  
 .
Program jelajah penerangan UMNO  itu turut menampilkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah sebagai ahli panel, manakala Datuk Shamsul Najmi Shamsudin bertindak sebagai moderator. - Kedahnews.com


I