Perkahwinan Bahagia Jadikan Lelaki Lebih Sihat


PARIS - Lelaki yang menikmati perkahwinan bahagia selama bertahun-tahun dikatakan mempunyai tahap tekanan darah dan kolesterol baik, menurut kajian dijalankan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, kajian itu mendapati lelaki yang mengalami keruntuhan rumah tangga, mudah berdepan dengan penyakit.

Kajian tersebut melibatkan 600 lelaki di Britain bagi mengetahui kadar kualiti perkahwinan mereka. - AFP