KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng cukup bangga kerana pesta arak Oktoberfest anjur an Persatuan German Malaysia diadakan di negeri itu tanpa tentangan seperti mana di negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Bukan setakat bangga, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan politiknya itu juga menyindir PAS sebagai 'Taliban' kerana membantah keras pesta arak di Selangor.
“Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di negeri ini.
“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng yang dipetik daripada sebuah portal pro pembangkang.
Umat Islam terutama di negara ini merasakan kenyataan Guan Eng itu seperti tidak menghormati sensitiviti orang Islam di Pulau Pinang dan rakyat Malaysia.
Pulau Pinang yang ditadbir DAP bersama PKR boleh sahaja mengadakan pesta seumpama itu tanpa menghebahkannya kepada umum atau dibuat secara tertutup.
Namun Guan Eng seakan mahu menunjuk-nunjuk bahawa rakyat di negerinya bersetuju dan kerajaan negeri tidak menyekat kebebasan rakyat.
Bagaimanapunbentuk kerajaan Pakatan Harapan yang ketuai DAP jika berjaya memeritah Malaysia selepas PRU14.
Baharu memjadi kerajaan di sebuah negeridua penggal, DAP sudah menunjukkan egonya tentang kejayaannya menganjurkan pesta arak.
Oleh itu tidak hairan jika Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendesak gabungan NGO di Pulau Pinang membantah tindakan biadap Lim Guan Eng yang meraikan kejayaan penganjuran pesta arak secara terbuka di negeri itu kepada umum.
Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata tindakan Guan Eng itu juga sebenarnya menunjukkan yang beliau tidak layak untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pemimpin tersebut perlu 'diajar' cara untuk menghormati agama dan budaya bangsa lain, hatta bukan Islam sekalipun tidak pernah bersetuju dengan tindakan.
“NGO di sana perlu bergerak, jangan hanya diam dan patuh dengan tindakan biadap Guan Eng, dia perlu diajar.jangan sampai NGO di sana dilihat seperti tak ada suara kerana takut dengan tindakan biadap Guan Eng itu," katanya yang dipetik daripada BNBBC.
Walaupun Guan Eng 'bangga' pesta arak itu dianjurkan di Pulau Pinang, namun beliau dilihat gagal menjaga kebajikan penduduk di negeri itu yang menjadi mangsa banjir dan menjaga alam sekitar.
Sementara itu penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani turut menegur pemimpin dan rakyat Pulau Pinang yang merelakan pesta Jerman, Oktoberfest diadakan di negeri itu.
Menerusi status Facebooknya, beliau mahu rakyat menolak pemimpin yang melanggar hukum Allah.
“Saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, haram hukumnya kalian mengundi dan mengangkat pemimpin yang melawan hukum Allah.
“Inilah bapak kepada segala jenis kleptokrasi yg mereka laungkan,” katanya yang dipetik daripada portal Islam & Melayu hari ini. - Kedahnews.com