Petani Alor Setar Tanggung Kerugian Akibat Banjir


ALOR SETAR - Sebanyak enam petani dilaporkan terpaksa menanggung kerugian akibat daripada sawah padi mereka di Kampung Alor Pak Ngah, Titi Haji Idris, tenggelam akibat  banjir bulan lalu.

Petani, Mohd Harishi Ariffin, 40, mendedahkan sawah padi seluas 3.2 hektar yang diusahakannya untuk musim kedua tahun ini telah rosak sepunuhnya kerana ditenggelami air.

“Jika diikutkan, kami hanya tunggu masa untuk tuai padi. Tapi dugaan kami bila hujan lebat berlaku dan air naik hingga melimpah ke bendang.

“Kami hanya mampu berputih mata. Hati memang hampa sebab tak boleh buat apa-apa lagi bila sawah padi dipenuhi air dan padi tenggelam," katanya.

Sepatutnya, hasil tuaian padi tersebut akan digunakannya sebagai pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarganya.

Disebabkan kerugian tersebut maka dia terpaksa mencari sumber pendapatan yang lain kerana sawah padinya telah berendam air sebanyak tiga kali untuk musim ini.

"Saya tanggung kerugian cecah RM6,000 sebab dah keluarkan duit untuk kos beli benih, baja dan upah membajak,” katanya. - Kedahnews.com