Putera Pertama TMJ Dilahirkan


JOHOR BAHARU - Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che’ Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan seorang putera pertama hari ini. 

Kelahiran berkenaan diumumkan Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi satu kenyataan sebentar tadi.

"Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta kerajaan negeri Johor hari ini," katanya menerusi kenyataan satu perenggan di sini sebentar tadi.

Sementara itu,  Facebook Johor Southern Tigers turut memuat naik catatan merafak syukur kepada Allah S.W.T dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Ismail dan isterinya.

Pada 25 Jun tahun lalu, Tunku Ismail dan Che' Puan Khaleeda dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah.

 Tunku Ismail dan Che’ Puan Khaleeda melangsungkan pernikahan pada 201

Sumber: Utusan Online