RM2.16 Juta Bagi 'Sekampit Beras Untuk Rohingya'

 

KUALA TERENGGANU - Sewaktu dilancarkan, sasaran sumbangan hanya RM1 juta, namun dana terkumpul mencecah berjumlah RM2.16 juta bagi menjayakan kempen Terengganu Untuk Rohingya - Sekampit Beras Untuk Rohingya.

Kutipan dalam masa singkat itu adalah sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anak negeri, syarikat swasta dan orang ramai.

Majlis penyerahan sumbangan bagi kempen cetusan kerajaan negeri diadakan dalam majlis Malam Terengganu Untuk Rohingya di Stadium Negeri di sini semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sumbangan yang itu sedikit sebanyak diharap dapat mengurangkan beban dan keperitan mangsa kekejaman yang kini berlindung di Bangladesh.

"Didoakan kepada semua peserta Misi Kemanusiaan Terengganu Untuk Rohingya selamat pergi dan pulang, serta dipermudahkan segala urusan sehingga ke akhirnya," beliau berkata demikian dalam ucapannya.

Terdahulu Ahmad Razif turut mendeklamasikan puisi Mereka Yang Ku Lihat Asing Di Tanah Sendiri.

Majlis turut diserikan dengan persembahan penyanyi irama ketuhanan dari Indonesia, Opick.

Sumber: Utusan Online