MASIH ingat dengan penangan lagu viral 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) nyanyian Piko Taro?
Baru-baru ini pelawak itu mendedahkan dia memperoleh pendapatan untuk lagu PPAP menyamai pendapatan dia bekerja selama 25 tahun.
Kata Piko menerusi rancangan bual bicara Downtown Now, selepas sebulan lagu itu menjadi viral, dia sudah mendapat pulangan lebih beratus juta yen.
Piko atau nama sebenarnya Daimaoi Kosaka mengakui nilai itu bersamaan dengan angka gaji yang diperolehinya selama 25 tahun bekerja.
Namun, daripada manakah hasil pulangan lagu itu sebenarnya?
Lagu PPAP muncul dalam pelbagai iklan komersial televisyen dan radio serta kolaborasi dengan produk terkenal Jepun.
Piko juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank dan Sesame Street.
Malah, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama miliknya.
Sementara itu, pencapaian terbesar dalam kehidupan Piko adalah berkahwin dengan model pakaian mandi dan personaliti televisyen, Hitomi Yasueda selepas empat tahun mereka bercinta.
Sumber: Astro Awani