Saya Dan Rizal Tidak Rujuk, Kami Berdamai - Fasha Sandha


TEKA-TEKI tentang entri yang dimuat naik Fasha Sandha dan Jejai pagi tadi akhirnya terjawab apabila Fasha Sandha tampil memberi penjelasan di laman Instagramnya, kira-kira jam 3 petang semalam.

Menerusi entri tersebut, Fasha menjelaskan dia dan bekas suaminya Rizal Ashram Ramli atau Jejai tidak rujuk, sebaliknya berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes-kes mereka di mahkamah termasuk hak penjagaan.

Fasha juga meluahkan rasa gembira dengan komen positif yang ditinggalkan pengikutnya di semua laman sosial mengenai dirinya dan Jejai.

Sementara itu, mStar Online melaporkan Fasha dan Jejai hadir ke mahkamah bersama pada pukul 10 pagi dan kelihatan ceria.

Mereka berdamai secara baik dengan menyelesaikan dua kes mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Fasha, 33, menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal atau Jejai bagi menghalangnya daripada mengganggu aktres itu pada Mac lalu.

Pelakon drama Lara Aishah itu juga menarik balik kes berhubung pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor apabila Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Jejai juga menarik balik kes komital berhubung hak lawatan kedua-dua anak mereka dan juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan Fasha berkaitan keluarga kepada umum di media sosial.

Mereka juga bersetuju untuk mematuhi semua perintah asal mahkamah yang dipersetujui selepas bercerai pada 20 Januari tahun lalu.

Kesemua penyelesaian itu direkodkan oleh mahkamah.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong manakala Jejai diwakili Ahmad Badri Idris.

Pasangan itu yang Mereka berkahwin pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun.

Sumber: Astro Awani